LS SPA & SALON akan tutup kedai bermula 30hb.8.2011(Selasa) sehingga 4hb.9.2011(Ahad) bagi meraikan Sambutan Hari Raya. Kedai akan dibuka semula seperti biasa pada 5hb.9.2011(Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-424 2963 / 017-418 5148 (Liza).
Ahad, 28 Ogos 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
PROMOSI RAYA....
PROMOSI Sempena Hari Raya Aidilfitri 2011!!!! Hanya di LS SPA & SALON (Teluk Air Tawar, Butterworth, Penang)
Bayar hanya RM100 sahaja utk kesemua rawatan ini :-
1. Normal Facial
2. Herbal Sauna
3. Body Scrub
4. Footspa
Harga asal RM126. Cuma bayar RM100...!!!
Sila hubungi Liza di talian 012-424 2963 untuk temujanji.
PROMOSI tamat pada 11 September 2011...
PENGUMUMAN
LS SPA & SALON telah menambah beberapa jenis rawatan baru bagi menyelesaikan masalah pelanggan. Perubahan pada jenis-jenis rawatan yang di maksud kan, sila rujuk 'Jenis Rawatan...;
Sabtu, 6 Ogos 2011
PERHATIAN...!!!
LS SPA & SALON dalam perancangan untuk berpindah ke lokasi yang baru. Spa ini yang sedia ada akan dijual kepada sesiapa yang berminat. Harga boleh dirunding. Harga juga termasuk semua kelengkapan kedai. Produk (stok setahun), perabot, barangan elektrik dan pengubahsuaian. Kira masuk cuci kaki ja lah & teruskan perniagaan. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Liza di talian 012-424 2963.
Jumaat, 29 Julai 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
LS SPA & SALON mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang di nanti-nanti setiap muslimin & muslimat. Di bulan yang mulia ini LS SPA & SALON akan beroperasi setiap hari isnin hingga ahat jam 10pagi hingga 6.00ptg. Sebelah malam akan dibuka pada yang membuat temujanji. Sesiapa yang tidak sempat utuk datang sebelum berbuka, boleh lah datang pada sebelah malam. Tetepi haruslah membuat temujanji terlebih dahulu... Selamat Berpuasa....
Selasa, 21 Jun 2011
Makluman...
LS SPA & SALON akan ditutup pada hari AHAD (26.6.2011) kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. LS SPA & SALON akan beroperasi semula seperti biasa pada ISNIN (27.6.2011).
Sekian, terima kasih...
Sekian, terima kasih...
Pengenalan Pakej-Pakej Terbaru
BRIDAL SPA PACKAGE
* LS Aromatheraphy Massage x 1 = RM70
* LS Body Spa Massage x 1 = RM90
* LS Normal Facial x 2 = RM70
* Footspa Feflexology x 1 = RM28
(Free Aromatheraphy Soap RM13.00)
RM230 Only (Normal Price RM280)
AURA SPA PACKAGE
* LS Aromatheraphy Massage x 1 = RM70
* LS Normal Facial x 1 = RM35
(Free Aromatheraphy Soap RM13.00)
RM100 Only (Normal Price RM118)
ANGGUN SPA PACKAGE
* Tradisional Massage x 1 = RM60
* Herbal Sauna x 1 = RM28
RM70 Only (Normal Price RM88)
TERKINI...!!!
TERDAPAT JUGA RAWATAN UNTUK LELAKI
(TUMUJANJI SAHAJA)
RAWATAN DARI RUMAH KE RUMAH
(TEMUJANJI SAHAJA) - KAWASAN BUTTERWORTH SAHAJA
Khamis, 9 Jun 2011
Masalah Jeragat
Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik. Masalah pigmentasi adalah perkara biasa terutama di kalangan wanita Asia. Statistik menunjukkan 40 peratus wanita dan 10 peratus lelaki mengalami masalah ini.
Wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.
Masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi.
Jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.
Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.
Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
Bagi mengelak terjadinya jeragat atau pigmentasi, kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat dan anda dinasihat mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
Pengambilan vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit di samping memastikan pengambilan air yang cukup bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Ada juga dikalangan mereka yang menghadapi masalah pigmentasi mendapatkan rawatan dari salun kecantikan dan pakar kulit. Rawatan yang digunakan adalah kaedah kosmetik seperti kupasan kulit dengan bahan kimia, rawatan laser, IPL (Intense Pulse Light) dan mikro-dermabrasi.
Rawatan kimia dan mekanikal ini hanya mengatasi masalah di bahagian luar kulit dan biasanya membawa kesan sampingan seperti kemerahan atau kesengatan kulit, jangkitan bakteria, kulit berparut dan keradangan hyper pigmentasi.
Oleh itu, sebaiknya nasihat pakar ialah mendapatkan kombinasi pemakanan supplemen tambahan semula jadi dengan penggunaan pelindung matahari dalam mengatasi masalah pigmentasi dengan lebih berkesan dari akar umbinya.
Selasa, 31 Mei 2011
PENGUMUMAN
LS SPA & SALON menawarkan Jawatan Kosong kepada sesiapa yang beminat sebagai pembantu di Spa. Mestilah mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai kesihatan dan kecantikan. Pandai membuat fesyen rambut di utamakan. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 012-424 2963.
Langgan:
Catatan (Atom)