LS SPA & SALON akan tutup kedai bermula 30hb.8.2011(Selasa) sehingga 4hb.9.2011(Ahad) bagi meraikan Sambutan Hari Raya. Kedai akan dibuka semula seperti biasa pada 5hb.9.2011(Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-424 2963 / 017-418 5148 (Liza).
Ahad, 28 Ogos 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
PROMOSI RAYA....
PROMOSI Sempena Hari Raya Aidilfitri 2011!!!! Hanya di LS SPA & SALON (Teluk Air Tawar, Butterworth, Penang)
Bayar hanya RM100 sahaja utk kesemua rawatan ini :-
1. Normal Facial
2. Herbal Sauna
3. Body Scrub
4. Footspa
Harga asal RM126. Cuma bayar RM100...!!!
Sila hubungi Liza di talian 012-424 2963 untuk temujanji.
PROMOSI tamat pada 11 September 2011...
PENGUMUMAN
LS SPA & SALON telah menambah beberapa jenis rawatan baru bagi menyelesaikan masalah pelanggan. Perubahan pada jenis-jenis rawatan yang di maksud kan, sila rujuk 'Jenis Rawatan...;
Sabtu, 6 Ogos 2011
PERHATIAN...!!!
LS SPA & SALON dalam perancangan untuk berpindah ke lokasi yang baru. Spa ini yang sedia ada akan dijual kepada sesiapa yang berminat. Harga boleh dirunding. Harga juga termasuk semua kelengkapan kedai. Produk (stok setahun), perabot, barangan elektrik dan pengubahsuaian. Kira masuk cuci kaki ja lah & teruskan perniagaan. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Liza di talian 012-424 2963.
Jumaat, 29 Julai 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
LS SPA & SALON mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang di nanti-nanti setiap muslimin & muslimat. Di bulan yang mulia ini LS SPA & SALON akan beroperasi setiap hari isnin hingga ahat jam 10pagi hingga 6.00ptg. Sebelah malam akan dibuka pada yang membuat temujanji. Sesiapa yang tidak sempat utuk datang sebelum berbuka, boleh lah datang pada sebelah malam. Tetepi haruslah membuat temujanji terlebih dahulu... Selamat Berpuasa....
Selasa, 21 Jun 2011
Makluman...
LS SPA & SALON akan ditutup pada hari AHAD (26.6.2011) kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. LS SPA & SALON akan beroperasi semula seperti biasa pada ISNIN (27.6.2011).
Sekian, terima kasih...
Sekian, terima kasih...
Pengenalan Pakej-Pakej Terbaru
BRIDAL SPA PACKAGE
* LS Aromatheraphy Massage x 1 = RM70
* LS Body Spa Massage x 1 = RM90
* LS Normal Facial x 2 = RM70
* Footspa Feflexology x 1 = RM28
(Free Aromatheraphy Soap RM13.00)
RM230 Only (Normal Price RM280)
AURA SPA PACKAGE
* LS Aromatheraphy Massage x 1 = RM70
* LS Normal Facial x 1 = RM35
(Free Aromatheraphy Soap RM13.00)
RM100 Only (Normal Price RM118)
ANGGUN SPA PACKAGE
* Tradisional Massage x 1 = RM60
* Herbal Sauna x 1 = RM28
RM70 Only (Normal Price RM88)
TERKINI...!!!
TERDAPAT JUGA RAWATAN UNTUK LELAKI
(TUMUJANJI SAHAJA)
RAWATAN DARI RUMAH KE RUMAH
(TEMUJANJI SAHAJA) - KAWASAN BUTTERWORTH SAHAJA
Khamis, 9 Jun 2011
Masalah Jeragat
Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik. Masalah pigmentasi adalah perkara biasa terutama di kalangan wanita Asia. Statistik menunjukkan 40 peratus wanita dan 10 peratus lelaki mengalami masalah ini.
Wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.
Masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi.
Jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.
Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.
Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
Bagi mengelak terjadinya jeragat atau pigmentasi, kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat dan anda dinasihat mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
Pengambilan vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit di samping memastikan pengambilan air yang cukup bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Ada juga dikalangan mereka yang menghadapi masalah pigmentasi mendapatkan rawatan dari salun kecantikan dan pakar kulit. Rawatan yang digunakan adalah kaedah kosmetik seperti kupasan kulit dengan bahan kimia, rawatan laser, IPL (Intense Pulse Light) dan mikro-dermabrasi.
Rawatan kimia dan mekanikal ini hanya mengatasi masalah di bahagian luar kulit dan biasanya membawa kesan sampingan seperti kemerahan atau kesengatan kulit, jangkitan bakteria, kulit berparut dan keradangan hyper pigmentasi.
Oleh itu, sebaiknya nasihat pakar ialah mendapatkan kombinasi pemakanan supplemen tambahan semula jadi dengan penggunaan pelindung matahari dalam mengatasi masalah pigmentasi dengan lebih berkesan dari akar umbinya.
Selasa, 31 Mei 2011
PENGUMUMAN
LS SPA & SALON menawarkan Jawatan Kosong kepada sesiapa yang beminat sebagai pembantu di Spa. Mestilah mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai kesihatan dan kecantikan. Pandai membuat fesyen rambut di utamakan. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 012-424 2963.
Jumaat, 6 Mei 2011
RAWATAN MUKA

Rawatan wajah di LS SPA adalah unik serta lain dari yang lain.Anda akan mengalami satu pengalaman yang baru di mana rawatan wajah yang menggunakan teknik-teknik kombinasi rawatan ala melayu tradisional,ayuverdic dan (TCM) Traditional Herbal Medicine.Dengan teknik urutan wajah menggunakan minyak berasaskan air iaitu Facespa Oil di mana ianya dapat memberikan hasil yang hebat dan menakjubkan. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan tiada kesan sampingan.Anda pasti akan berasa selesa dan 'relax' sambil menerima rawatan wajah ini.
![]() | LS FACESPA *cleanse *face scrub *face massage (lifting) *o2 gel mask *nano BB Cream Applied (40mins) RM25 only NORMAL FACIAL *cleanse *face massage *scrub *removes white/black head/pimples+O2 gel mask (1 hour) RM35 only |
FIRMING & WHITENING PLUS *cleanse *face massage *scrub *removes white/black head+pimples *O2 gel mask *vit-c serum *peel of mask (vit-c/kiwi/tea tree/oat) (1H 15M) RM120 only TRIPLE ACTION FACIAL *Cleanse *Face Massage (lifting) *Remove white/black head+pimples *ultrasonic+vit-c (lifting+oxygen+whitening) *peel of mask (vit-c/Kiwi/Tea Tree) *head & shoulder massage (1H 45M) 150 only | ![]() |
Trial...
Facial Facespa
* Clense
* Face Scrub
* Face Massage (lifting)
* O2 Gel Mask
* Nano BB Cream Applied
(40mins) RM25 only
* Clense
* Face Scrub
* Face Massage (lifting)
* O2 Gel Mask
* Nano BB Cream Applied
(40mins) RM25 only
Senarai Harga Barang
SENARAI HARGA BARANG | ||
BIL | PRODUK | HARGA (RM) |
1 | TLAGA SECRET SKIN | 88.00 |
2 | REFRESHING FACIAL WASH GEL | 28.00 |
3 | HYDRATING FACIAL TONER | 28.00 |
4 | INTENSIVE AQUA GEL | 34.00 |
5 | NANO BB CREAM | 35.00 |
6 | NANO THERM OIL | 45.00 |
7 | NANO HERBAL SALT | 36.00 |
8 | E-X CREAM | 78.00 |
9 | FACE SPA OIL | 58.00 |
10 | FACE SPA SALT | 46.00 |
11 | O2 GEL MASK | 61.50 |
12 | LAVENDER ESSENTIAL OIL | 33.00 |
13 | LEMONGRASS ESSENTIAL OIL | 33.00 |
14 | BATH TUB SHOWER GEL | 29.90 |
15 | KOPI RIBUSTA PRA-CAMPURAN OKSTRAK GANODERMA | 15.80 |
16 | LOSYEN TLAGA 7 dalam 1 | 28.00 |
17 | SLIM-X TREATMENT OIL | 96.00 |
18 | ONSEN BAR SOAP | 60.00 |
19 | Q-SERUM | 240.00 |
20 | SYAMPOO HERBA (HAIR-REBOND) | 35.00 |
21 | SERUM RAMBUT | 35.00 |
22 | KRIM RAMBUT ANTI GUGUR | 25.00 |
Sabtu, 9 April 2011
RAWATAN BADAN
PAKEJ RAWATAN BADAN
Rawatan badan yang merangkumi pelbagai aspek yang mementingkan keselesaan serta mengurangkan stress. Dengan suasana yang lebih santai serta menenangkan dapat memberi impak yang luar biasa dan anda berasa selesa seperti di rumah sendiri serta dihidangkan secawan Kopi TLAGA. Khidmat rawatan serta layanan yang diberikan kepada pelanggan adalah daripada TERAPIS kami yang terlatih. Terdapat pelbagai rawatan badan termasuklah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bauan Aromaterapi yang senantiasa mengiringi setiap rawatan anda dapat menenangkan serta melengkapi kehendak. Rasailah sendiri kelainan di LS SPA.
RELAXING Express MASSAGE *Body Massage (30min) RM40 only LS AROMATHERAPHI MASSAGE *Body Massage *Body Scrub (detox)(50mins) RM70 only LS BODY SPA MASSAGE *Body Massage *Body Scrub (detox) *Herbal Sauna (50mins) RM90 only |
Isnin, 4 April 2011
Sabtu, 29 Januari 2011
Ucapan Perasmian
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Terima kasih pada yang berusaha tuan pengerusi majlis.
Terlebih dahulu, ingin saya bagi pihak LS Spa & Salon mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Air Tawar, Wakil-wakil dari pihak pengurusan Adamaya Marketing Sdn.Bhd, Urusetia Majlis serta para haidirin kerana sudi menghadiri dan seterusnya merasmikan majlis pada petang yang mulia ini.
Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, LS Spa & Salon telah mula beroperasi pada November 2010. Dengan berslogankan “Merealisasikan Impaian Keanggunan Mu” kami manawarkan rawatan-rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, serta penjagaan kesihatan dalaman dan luaran untuk wanita.
Saya percaya, setiap wanita mengimpikan penampilan dan personaliti yang menarik. Dengan itu, kami mamilih Adamaya Marketing Sdn Bhd yang di terajui oleh Datin Sharifah Shawati selaku penasihat dan pembimbing kami dalam usaha membantu kaum-kaum wanita bagi mencapai keanggunan yang diidamkan. Walaupun beliau tidak dapat hadir pada hari ini, namun kita masih bertuah kerana ramai wakil-wakil beliau hadir bagi manjayakan majlis ini.
Saya percaya, tidak ramai dikalangan kita yang mampu untuk hadir ke spa-spa kerana kuatir tidak mampu menanggung kos perkhidmatan dan rawatan yang mahal. Dengan keprihatinan terhadap masalah ini, kami yang dibarisi oleh perunding-perunding yang terlatih, menawarkan harga yang mampu bagi setiap rawatan agar semua wanita manpu memanjakan diri dengan belaian spa. Ini bertujuan mematahkan pandangan awam bahawa spa hanyalah untuk golongan atasan sahaja. Tapi golongan berpendapatan rendah juga mampu untuk memijakkan kaki ke spa.
Hadirin yang dihormati sekalian, saya bagi pihak penganjur majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid, yang telah sudi bersama kita dan seterusnya merasmikan pembukaan LS spa & salon ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua wakil-wakil daripada Adamaya Marketing Sdn Bhd dan Rumah Nur iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang telah banyak memberi kerjasama dan sumbangan dalam proses peubuhan LS Spa & Salon ini. Tidak ketinggalan, terima kasih kepada semua hadirin di atas kehadiran bagi memeriahkan majlis ini.
Akhir sekali, bagi pihak penganjur, ingin saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kekurangan sepanjang pejalanan majlis ini.
Sekian terima kasih.
YUSFALIZA BINTI YUSOF
PENGURUS
LS SPA & SALON
Sabtu, 15 Januari 2011
Khamis, 13 Januari 2011
MAJLIS PERASMIAN
Majlis Perasmian LS SPA & SALON akan di adakan pada 23hb Januari 2010 (Ahad) bertempat di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Majlis yang akan dirasmikan oleh Y.B Dato' Hajah Jahara Binti Hamid ini akan bermula pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Terdapat beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, & cabutan betuah.. Semua hadirin dan hadirat di jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Langgan:
Catatan (Atom)