Sabtu, 29 Januari 2011

Ucapan Perasmian

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Terima kasih pada yang berusaha tuan pengerusi majlis.
Terlebih dahulu, ingin saya bagi pihak LS Spa & Salon mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Air Tawar, Wakil-wakil dari pihak pengurusan Adamaya Marketing Sdn.Bhd, Urusetia Majlis serta para haidirin kerana sudi menghadiri dan seterusnya merasmikan majlis pada petang yang mulia ini.

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, LS Spa & Salon telah mula beroperasi pada November 2010. Dengan berslogankan “Merealisasikan Impaian Keanggunan Mu” kami manawarkan rawatan-rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, serta penjagaan kesihatan dalaman dan luaran untuk wanita.

Saya percaya, setiap wanita mengimpikan penampilan dan personaliti yang menarik. Dengan itu, kami mamilih Adamaya Marketing Sdn Bhd yang di terajui oleh Datin Sharifah Shawati selaku penasihat dan pembimbing kami dalam usaha membantu kaum-kaum wanita bagi mencapai keanggunan yang diidamkan. Walaupun beliau tidak dapat hadir pada hari ini, namun kita masih bertuah kerana ramai wakil-wakil beliau hadir bagi manjayakan majlis ini.
Saya percaya, tidak ramai dikalangan kita yang mampu untuk hadir ke spa-spa kerana kuatir tidak mampu menanggung kos perkhidmatan dan rawatan yang mahal. Dengan keprihatinan terhadap masalah ini, kami yang dibarisi oleh perunding-perunding yang terlatih, menawarkan harga yang mampu bagi setiap rawatan agar semua wanita manpu memanjakan diri dengan belaian spa. Ini bertujuan mematahkan pandangan awam bahawa spa hanyalah untuk golongan  atasan sahaja. Tapi golongan berpendapatan rendah juga mampu untuk memijakkan kaki ke spa.   

Hadirin yang dihormati sekalian, saya bagi pihak penganjur majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato’ Hajah Jahara Binti Hamidyang telah sudi bersama kita dan seterusnya merasmikan pembukaan LS spa & salon ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua wakil-wakil daripada Adamaya Marketing Sdn Bhd dan Rumah Nur iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang telah banyak memberi kerjasama dan sumbangan dalam proses peubuhan LS Spa & Salon ini.  Tidak ketinggalan, terima kasih kepada semua hadirin di atas kehadiran bagi memeriahkan majlis ini.

Akhir sekali, bagi pihak penganjur, ingin saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kekurangan sepanjang pejalanan majlis ini.

Sekian terima kasih.   
YUSFALIZA BINTI YUSOF
PENGURUS
LS SPA & SALON

Khamis, 13 Januari 2011

MAJLIS PERASMIAN

Majlis Perasmian LS SPA & SALON akan di adakan pada 23hb Januari 2010 (Ahad) bertempat di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Majlis yang akan dirasmikan oleh Y.B Dato' Hajah Jahara Binti Hamid ini akan bermula pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Terdapat beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, & cabutan betuah.. Semua hadirin dan hadirat di jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini.